Adakah kita masih mempunyai masalah 'communication
breakdown' dalam era kecanggihan sistem sms, email, yahoogroups dll??? "Kalaulah
engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak
dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah jualah yang
menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana." (Al-Anfaal 8 : 63) MASALAH KOMUNIKASI: KUNCINYA
APA? Kalaulah ditanya, apakah alat komunikasi tercanggih hari
ini, pasti ramai yang menjawab, "telefon 3G". Pada saya, itu bukan
jawabannya. Alat komunikasi tercanggih, sebenarnya adalah HATI. Jika hati
enggan berhubung, telefon 3G itu pun akan dipicit butang merahnya untuk
switched off atau menolak panggilan. Tetapi jika hati mahu berhubung, bersalin
bas loncat lima kali pun, Insya Allah seseorang itu sanggup melakukannya,
asalkan dapat bertemu. Ya, ia soal HATI. Kenapa komunikasi yang menjadi teras team
building berkait dengan hati? Jawabnya mudah saja. HATI itu adalah rumah iman. Ukhuwwah, persaudaraan yang hakiki dan tulen, adalah hasil iman. Iman
berkadar terus dengan ukhuwwah. Tanpa iman tiada ukhuwwah. Tanpa ukhuwwah,
tiada komunikasi. Maka, mahu tidak mahu, persoalan TEAM BUILDING mesti
diselesaikan dengan formula yang sama iaitu KEMBALI KEPADA ALLAH. petikan: Abu Saif www.saifulislam.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar