Tafsir Tasawuf (Sufi): Surah An-Nur ayat 35 – 38
Burung-burung
Maksud ayat:
“Allah
(memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah
seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di
dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara
yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun
yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya
yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas
cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia
kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah
Maha Mengetahui segala sesuatu. Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang
telah diperintahka untuk dimulakan dan disebut namanya di dalamnya, pada waktu
pagi dan pada waktu petang, lelaki yang tida dilalaikan oleh perniagaan dan
tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah dan dari mendirikan solat dan
dari membayar zakat. Mereka takut pada suatu hari (yang dihari itu) Hati dan
penglihatan menjadi goncang. Mereka yang mengerjaka demikian itu supaya Allah
memberikan balsan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang
mereka kerjakan, dan supaya Allah menambahkan kurnianya kepada mereka. Dan
Allah memberi rezeki pada siapa yang dikehendakinya.” (An-Nur: 35-38)
1.1. Hakikat
Cahaya
Kejelasan,
penafsiran dan pengertian ayat misykat memberi bantuan yang amat besar dalam
memahami persoalan hati dan perjalanan suluk.
Pada ayat
pertama, komposisi atau komponen manusia diumpamakan dengan lubang yang tidak
tembus dengan pelita dan kaca. Misykat adalah suatu lubang di dinding yang
tidak tembus ke sebelahnya. Pelita sama dengan lampu, dan kaca adalah dinding
yang menghimpun dan melingkupi pelita yang menerangi.
Perumpamaan
ketiga-tiga komponen ini adalah perumpamaan dari manusia yang beriman yang
padanya ada jasadnya, hatinya dan cahaya yang ada di dalam hati. Jasad
diumpamakan dengan misykat, hati diumpamakan dengan kaca dan cahaya diumpamakan
dengan pelita yang ada dalam kaca.
“Allah
cahaya langit dan bumi”
Bermaksud;
Dia adalah pemberi petunjuk (cahaya) kepada langit dan bumi; di mana tiada
petunjuk di langit dan di bumi tanpa cahaya-Nya. Selanjutnya Allah mengumpamakan
petunjuk-Nya sebahagian petunjuk bagi orang mukmin. Hidayah ditamsilkan dengan
perumpamaan-perumpamaan, kebesaran dan kemuliaan hidayah-Nya menjadi jelas.
Jadi,
misykat adalah jasad orang mukmin yang melingkupi hatinya, kaca ialah hati
orang mukmin yang melingkupi cahaya hati yang merupakan petunjuk dari penunjuk
bagi orang mukmin itu sendiri, sehingga dia mampu melihat hakikat segala
sesuatu yang berjalan di atas hidayah dari Tuhannya dengan cahaya tersebut. Ini
adalah Tahap Pertama dalam perumpamaan.
Tahap
perumpamaan kedua ialah kaca yang melingkupi pelita atau hati yang melingkupi
cahaya dan kebenderangan cahaya yang sangat cemerlang diumpamakan dengan
bintang yang menerangi, di mana bintang itu diserupakan dengan mutiara kerana
sangat cemerlangnya cahaya bintang tersebut.
Kita
perhatikan di sini, perbincangan tentang kaca dan semua pelitanya atau tentang
hati dan cahayanya, seluruhnya diumpamakan dengan bintang yang mutiara
(al-Kaukub ad-Durriy) sehingga pelita itu mampu bersinar. Demikian pula kacanya,
ia bersinar kerana cemerlang dan putih bersih.
Perumpamaan
Tahap Ketiga ialah pelita ada dalam kaca, dari mana dan dengan apa kaca itu
dinyalakan? Dari mana cahaya itu didapati? Bagaimana kecahayaan (nuraniyah)
mampu berlangsung? Dengan ungkapan lain, cahaya itu ada di dalam hati, dari
mana hati itu memperoleh nuraniah? Bentuk pertolongan bagaimana yang yang
diberikan kepada hati atau yang diperolehinya hingga ia bernuraniah? Apa yang
menimbulkan cahaya rohani tersebut?
Allah SWT
berfirman yang dinyalakan, maksudnya yang dinyalakan adalah pelita yang ada
dalam kaca atau cahaya yang ada dalam hati orang mukmin dinyalakan, “dengan
minyak yang dari pohon yang banyak berkatnya atau yang banyak manfaatnya. Iaitu
pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah
baratnya”. Sedangkan Zaitun ialah syariat Allah.
Menurut Ibnu
Kasir, kejernihan, sinar atau nuraniah yang ada dalam diri seorang mukmin
diumpamakan seperti dinding kaca yang jernih lagi murni seperti permata,
sedangkan al-Qurán dan syariát diumpamakan seperti minyak jernih, baik,
bercahaya dan seimbang tanpa ada sedikit pun keruh.
Perumpamaan
terhadap keempat pohon yang penuh berkah merupakan sumber dari cahaya hati,
adalah syariat Allah yang penuh manfaat, yang merupakan sumbe dari cahaya
kalbu. Dari situlah kalbu mengambil cahaya. Berapa kadar besar minyaknya? Allah
befirman:
“Yang
minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api”
Minyak itu
dinyatakan jernih dan bercahaya, kata an-Nasafi kerana kilaunya hampir-hampir
bersinar tanpa ada api atau tanpa dinyalakan api. Kadar besar nuraniah syariat
yang memberi cahaya pada hati? Dan betapa besar cahaya hati yang diperoleh dari
sinaran cahaya syariat?
Demikianlah
adanya, dan kerana itulah Allah berfirman:
“Cahaya di
atas cahaya”
Ini adalah
perumpamaan tahap kelima. Cahaya yang diumpamakan kebenaran itu, kata
an-Nasafi, seperti yang bersatu yang berlapis-lapis yang mana di dalamnya
terjadi interaksi antara (cahaya) misykat, pelita dan minyak. Sehingga tidak
ada satupun yang tinggal untuk memperkuat benderangnya cahaya, kerana pelita
yang ada di dalam tempat yang sempit menyerupai lubang yang tidak tembus, di
mana ia mampu menghimpun dan memadukan seluruh cahaya. Hal ini berbeza
seandainya di tempat yang luas, maka sinar cahayanya akan tersebar dan
berserakan. Sedangkan (dinding) kaca merupakan suatu yang paling banyak
menambah penerangan, demikian juga dengan minyak dan kebenderangannya.
Menurut Ibnu
Kasir’As-Saddi yang pernah berkata tentang firman Allah tersebut, cahaya di
atas cahaya adalah cahaya api dan cahaya minyak bila bersatu akan memancarkan
sinar, dan yang satu tidak akan memancarkan cahaya yang lain. Demikian pula
cahaya al-Qurán dan cahaya iman bersatu padu.
Dengan
demikian, perumpamaan yang Allah buat untuk menerangkan kebebasan hidayahNya
telah sempurna, dan dari penjelasan tentang perumpamaan tersebut, kita tahu
bahawa penunaian syariat Allah lah yang mampu memberikan cahaya iman yang
abadi.
Selain itu,
berdasarkan pendapat Ibnu kasir’As-Saddi juga, cahaya api dan cahaya minyak
bila bersatu padu memancarkan sinar, dan tidak akan bersinar satu di antaranya
tanpa yang lain. Demikian juga cahaya al-Qurán dan cahaya iman ketika bersatu
padu, dan satu di antaranya tidak akan memancarkan cahaya tanpa yang lain.
Di sini,
kita sudah mulai memahami bahawa kewujudan kandungan al-Qurán merupakan makanan
yang kekal bagi kalbu, sebab dengan al-Qurán pelita hati akan tetap menyala
terang dan akan tetap memperolehi petunjuk. Bertambahnya perpaduan cahaya hati
dan pancarannya bergantung kepada kadar penunaian seseoang terhadap kandungan
al-Qurán dan misykat atau jasad akan memantulkan cahaya ini sehingga jalan
baginya menjadi terang dan juga bagi yang lain.
“Allah
membimbing kepada cahaya-Nya kepada siapa yang dia kehendaki dan Allah membuat
perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala
sesuatu.”
Maksudnya
Allah membimbing kepada cahaya syariat-Nya atau Allah memberi hidayah kepada
siapa yang Dia kehendaki dari ahli Iman sehingga mereka memperolehinya dan
mengikuti petunjuk yang diberikan kepada mereka.
Ayat
berikutnya menjelaskan tentang tempat mereka yang hatinya dipenuhi cahaya dan
hidayah:
“Di
masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di
dalamnya.”
Ketika
menerangkan ayat misykat (lubang yang tidak tembus) yang terdapat di sebahagian
rumah Allah, iaitu masjid, an-Nasafi mengulas bahawa Misykat adalah jasad orang
mukmin yang hatinya adalah mencintai masjid. Dapat disimpulkan bahawa titik
tolak kepada pendidikan keimanan yang tinggi adalah masjid dengan cara
menyucikan diri di dalam masjid pada waktu pagi dan pada waktu petang dengan
melaksanakan solat di dalamnya. Ini adalah kerana mereka adalah lelaki yang
tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula dari jual beli dari mengingat
Allah, dari mendirikan solat, dan dari membayar zakat. Mereka takut pada satu
hari (yang di hari itu) hati penglihatan menjadi goncang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar