KENALI JASAD, JIWA, RUH DAN HATI ANDA
Pada umumnya orang hanya mengetahui manusia itu
hanya terdiri dari jasad dan ruh. Mereka tidak memahami sesungguhnya manusia
terdiri dari tiga unsur , iaitu:
Jasad, Jiwa dan Ruh.
Ini
dapat dibuktikan dalam firman Allah Taala surah Shaad (38:71-73) yang
bermaksud:
Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku
sempurnakan kejadianya, maka Ku tiupkan kepadanya Ruh Ku. Maka hendaklah kamu
tunduk bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat itu bersujud semuannya.
Pada ayat yang lain pula, Allah menjelaskan tentang
penciptaan jiwa (nafs). Surah Asy Syams (91:7-10) . Firmanya yang bermaksud:
Dan demi nafs (jiwa) serta penyempurnaannya, maka
Allah ilhamkan kepada nafs itujalan ketaqwaaan dan kefasikannya. Sesungguhnya
beruntunglah orang yang mensucikannya dan sesungguhnnya rugilah orang yang
mengotorinya.
Selain itu, Allah juga berfirman dalam Al Quran
tentang proses kejadian jasad (jisim). Surah Al Mukminun (23:12-14):
Dan sesungguhnya Kami telah menciptkan manusia dari
saripati dari tanah, Kemudian jadilahlah saripati itu air mani yang disimpan
dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal
darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal
daging itu Kami jadikan tulang-tulang, lalu tulang-tulang ini Kami bungkus
dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk berbentuk lain, maka maha suci
Allah. Pencipta yang paling baik.
Jasad
Jasad atau jisim adalah angggota tubuh manusia
terdiri dari mata, mulut, telinga, tangan, kaki dan lain-lain. Ia dijadikan
dari tanah liat yang termasuk dalam derejat paling rendah. Keadaannya dan
sifatnya dapat mecium, meraba, melihat. Dari jasad ini timbullah kecenderungan
dan keinginan yang disebut Syahwat. Ini dijelaskan dalam Al Quran Surat Ali
Imran, yang bermaksud:
Dijadikan indah pada pandangan manusia , merasa
kecintaan apa-apa yang dingininya (syahwat) iaitu wanita-wanita, anak-anak,
harta yang bertimbun dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatan
ternakan dan sawah ladang, Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah
tempat sebaik-baik kembali.
Jiwa (Nafs)
Kebanyakan orang mengaitkannya dengan diri manusia
atau jiwa. Padahal ianya berkaitan dengan derejat atau kedudukan manusia yang
paling rendah dan yang paling tinggi. Jiwa ini memiliki dua jalan iaitu:
Menuju hawa nafsu (nafs sebagai hawa nafsu)
Menuju hakikat manusia (nafs sebagai diri manusia)
Hawa nafsu. Hawa nafsu lebih cenderung kepada sifat-sifat
tercela, yang menyesatkan dan menjauhkan dari Allah. Sebagaimana Allah Taala
berfirman surah (Shaad :26) yang bermaksud:
..... dan
janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan
Allah
Kaitan hati dan hawa nafsu.
Hati memainkan peranan yang sangat penting dalam
diri manusia ia
menjadi sasaran utama kepada Syaitan. Syaitan sedaya upaya menutupi hati
manusia dari menerima Nur llahi. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:
Jikalau tidak kerana syaitan-syaitan itu menutupi
hati anak Adam, pasti mereka boleh milihat kerajaan langit Allah
Cara syaitan menutupi hati manusia itu dengan cara
–cara tertentu iaitu dengan menghidupkan hawa nafsu tercela dan yang membawa ke arah maksiat. Semuanya
sudah tersedia berada adalam diri manusia, ianya dikenali dengan nafsu ammarah
bissu, nafsu sawiyah dan nafsu lawammah..
Para ahli tasawwuf mengatakan bahawa syaitan (anak
iblis) memasuki hati manusia melalui sembilan lubang anggota manusia iaitu dua
lubang mata, dua lubang hidung, kedua lubang kemaluan dan lubang mulut. Buta
manusia bukan buta biji matanya tetapi buta hatinya sebagaimana bukti yang
dijelaskan dalam Firman Allah dalam surah (Al Hajj :46) bermaksud:
Kerana sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi
yang buta ialah hati di dalam dada.
Mereka juga mengatakan yang membutakan hati ialah
kejahilan atau tidak memahami tentang hakikat perintah Allah SWT. Kejahilan
yang tidak segera diubati akan menjadi semakin bertimbun. Allah SWT berfirman
dalam surah (Al Baqarah:2-9) yang bermaksud:
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang
beriman, padahal mereka yang menipu diri sendiri, sedangkan mereka tidak
menyedarinya.
Demikian bahayanya penyakit hati yang dihembuskan
syaitan melalui hawa nafsu manusia. Sehingga Rasulullah pernah berpesan setelah
kembali dari perang Badar. Beliau bersabda :
Musuhmu yangterbesar adalah nafsymu yang berada di
antara kedua lambungmu(Riwayat Al-Baihaki)
Jihad yang paling utama adalah jihad seseorang
untuk dirinya dan hawa nafsunya.(Riwayat Abnu An-Najari)
Diri Manusia
Nafs atau jiwa sebagai diri manusia adalah suatu
yang paling berharga kerana
ia berkaitan dengan nilai hidup manusia dan nafs yang diberi rahmat dan redha
oleh Allah. Sebagaimana firmannya dalam surah (Al-Fajr : 27-30 ) yang
bermaksud:
Hai jiwa yang tenang (Nafsu Mutmainnah), kembalilah
kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam
golongan hamba-hambaKu, masuklah ke dalam syurgaKu.
Dan
lagi dalam surah (Yusuf: 53) yang bermaksud:
Dan aku tidak membebaskan diriku dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu
itu selalu menyuruh ke arah kejahatan, kecuali nafsu yang beri rahmat oleh
Tuhanku.
Berkaitan
dengan sabda Rasulullah yang berbunyi:
Barang siapa yang mengenal dirinya , maka ia mengenal Tuhannya.
Hadis
ini menyatakan syarat untuk mengenal Allah adalah mengenal diri. Diri atau nafs
di sini adalah nafs mutmainnah iaitu nafsu yang tidak terpengaruh oleh
goncangan hawa nafsu dan syahwat.
Setiap
manusia mempunyai nafs yang berbeza. Ada nafs yang menuju jalan cahaya ada nafs
yang menuju jalan kegelapan.
Bagi
nafs yang menuju kegelapan atau nafs tercela yang tidak sempurna ketenangannya
terutama ketika lupa kepada Allah disebut nafsu lawammah. Firman Allah Taala
dalam surah
(Al
Qiyammah:2) yang bermaksud:
Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat tercela (nafsu lawammah)
Nafsu
ini hanya dapat dikenali dan disaksikan dengan kemampuan tertentu manusia iaitu
dengan pancaran batin. Sebagaimana firman Allah dalam surah (Al-Araaf:26) yang
bermaksud:
Pakaian taqwa yang menjaga mu dari kejahatan itu adalah yang paling baik.
Ruh
Ruh
mempunyai dua arah pengertian iaitu :
a. Sebagai nyawa
b. Sebagai suatu yang halus dari menusia (pemberi cahaya kepada jiwa)
Ruh
sebagai nyawa kepada jasad atau tubuh . Ia ibarat sebuah lampu yang menerangi
ruang. Ruh adalah lampu, ruang adalah sebagai tubuh. Jika
lampu menyala maka ruangan menajdi terang. Jadi tubuh kita ini boleh hidup
kerana ada ruh (nyawa)
Manakala dalam pengertian yang kedua, Ruh sebagai
sesuatu yang merasa, mengerti dan mengetahui. Hal ini sangat berhubung dengan
hati yang halus atau hati ruhaniyyah yang disebut sebagai Latifah Rabaniyyah
(hati erti kedua)
Dalam Al-Quran kata ruh disebut dengan sebutan
Ruhul Amin, Ruhul Awwal dan Ruhul Qudsiyah.
Ruhul Amin yang bermaksud adalah malaikat Jibrail. Firman Allah dalam surah (Asy-Syu’ araa:192-193) yang
bermaksud:
Dan sesungguhnya Al- Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta
alam, Dia dibawa oleh Ar Ruh Al –Amin (Jibrail)
Ruhul
Awwal yang bermaksud nyawa atau sukma bagi tubuh manusia. Sebagaimana firman
Allah dalam surah (As-Sajdah:9) yang bermaksud:
Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan kedalam tubuhnya ruh Nya dan dia
menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati , tetapi kamu sedikit
sekali bersyukur
Ruh
Qudsiyah yang bermaksud ruh yang datang dari Allah (bukan Jibrail), tetapi yang
menjdi penunjuk dan pengkhabar gembira bagi orang-orang beriman. Ini adalah ruh
yang disucikan dihadirat Allah. Ia bercahaya apabila nafsu mutmainnah telah
sempurna.
Hati
Hati merupakan raja bagi seluruh diri manusia dan
tubuh. Perilaku dan perangai seseorang merupakan cerminan hatinya. Dari hati
inilah pintu dan jalan yang dapat menghubungkan
manusia dengan Allah. Dengan demikian untuk mengenal
diri harus dimulai dengan mengenal hati sendiri.
Hati
mempunyai dua pengertian:
Hati
jasmani iaitu sepotong daging yang terl;etak di dada sebelsah kiri, hati jenis
ini haiwan pun memilinya.
Hati Ruhaniyyah iaitu sesuatu yang halus. Hati yang
merasa, mengerti, mengetahui, dierpinta dituntut. Dinalai juga dengan Latifah
Rabaniyyah.
Hati Ruhaniyyah inilah merupakan tempat iman dan
tempat mengenal diri . Sebagaimana firma Allah dalam surah (Ar-Ra’d:28) yang
bermaksud:
Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka
menjadi tanang dengan
mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.
Hadis qudsi yang bermaksud:
Tidak akan cukup menaggung untuk Ku bumi dan
langitKU tetapi cukup bagiKu hanyalah hati (qalb) hambaKu yang nukamin (Riwayat Ad Darimi)
Nafsu Mutmainnah
Bila hati manusia jauh dari goncangan yang
disebabkan bisikan syaitan, hawa nafsu dan syahwat , maka ia disebut nafs
Mutmainnah, Apabila ia tunduk dan redha kepada Allah sepenuhnya, maka ia
disebut nafs mardhiyyah (nafs yang redha)
Namun jika manusia membiarkan hatinya berada dalam pengaruh hawa nafsu
dan syahwat, maka ia akan menjadi orang yang tersesat, lama kelamaan tergelicir
dan dimurkai Allah, Sebagaimana Firman Allah dalam surah (Jaastsiyah:23) yang
bermaksud:
Maka pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan
hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu Nya dan
Allah telah mengunci mata pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya?. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah
membiarkannya sesat. Maka mengapa kamu tidak mengambil iktibarnya.
Ingat hawa nafsu dan syahwat bukan dibunuh atau
dihilangkan, tetapi dikawal oleh nafsu mutmainnah. Di mana ada saatnya hawa
nafsu ini perlu dikeluarkan. Sebagaimana firma Allah dalam surah (An
Nazi’at:40-41) yang bermaksud:
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran
Tuhannya dan manahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya
syurgalah tempat tinggalnya.
Nah, jika hati kita telah diselubungi oleh nafsu
mutmainnah, maka nafsu mutmainnah inmi menajdfi imam (penunjuk) bagi selruh
tubuh dan dirinya, sseeunggunya nafsu mutmainnah inilah disebit-sebut sebagai
jati diri manusia (hakikat dari manusia). Allah berfirma dalam surah (Al
Araaf:172) yang bermaksud:
Dan Ingatlah, ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan
anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa
mereka seraya berfirman : ”Bukakankan Aku ini Tuhanmu”, mereka menjawab
:”Bahkan engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi”. Kami lakukan demikaian agar di
hari akhirat kelak kamu tidak mengatakan: sesunggunya kami adalah oran-orang
lalai terhadap keesaaaan Mu.
Jika hati yang sakit, maka lupa terhadap perjanjian
kita dengan Allah yang pernah diucapkan seperti dalam surah Al Araaf ayat 172
di atas.
Tapi di antara sekian banyak manusia, ada yang yang
berjaya menyihatkan kembali jiwanya (nafsu mutmainnah). Apabila jiwa kita telah
hidup, bercahaya, sihat kembali, maka jiwa ini akan dapat melihat kerajaan
langit Allah. Dalam hal ini bila Ruhul Qudsiyah telah menyala dan bersinar ,
maka jadilah hatinya rumah Allah , orang-orang yang berjaya ini disebut Ahli
Al- Bait. Sebagiamana firman Allah dalam surah (Ali Imran:164) yang bermaksud:
Sesunggunya Allah telah memeberi kurnia kepada
orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul
dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah,
membersihakan jiwa mereka dan mengajarakan mereka al kitab dan al hikmah. Dan
sesungguhnya sebelum itu, mereka adalagh benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
Lagi, sabda Rasulullah yang bermaksud:
Hati oarmg-orang beriman adalah Baitullah (Rumah
Allah)
Jadi, Ruhul qudsiyah adalah kenyataan Allah dalam
diri manusia. Allah Taala adalah sumber cahaya langit dan bumi dan ruhul qudsiyah adalah
sunber cahaya yang ada dalam hati yang digambarkan sebagai pelita, Sebagaimana
firmanNya dalam surah (An Nuur:35) yang bermaksud:
...Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya adalah seperti
sebuah lubang yang tak tertimbus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita ini
di dalam kaca dan kaca ini seakan-akan bintang yang memantulkan cahaya seperti
mutiara.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar